Terik Mentari

Dia berjalan melepasi bangunan di bawah terik mentari siang.

Berjalan dan terus berjalan di bawah panas sang matahari di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Peluh? Boleh diperah seperti kain buruk yang mengelap air yang tumpah setiap kali raya.

Bahang? Tudung seperti mahu direntap saat itu juga kerana haba yang terperangkap.

Penat? Terpaksa juga kerana sedang bekerja.

Kaki? Sakit kerana berjalan jauh, kerana mahu menyimpan sedikit wang & masa jika menaiki kereta sewa atau Grab.

Lapar? Pasti.

Itu la yang selalu dia rasakan apa bila terpaksa turun ke Kuala Lumpur untuk melalukan pekerjaan yang menuntut perhatiannya.

Jika ada yang salah, pasti di maki, jika semuanya lancar tiada pujiaan yang diberi.

Itu lah manusia, pandai mencaci tetapi tidak pandai menghargai.

Jika rugi pasti mencerca tanpa memikirkan perasaan orang lain, tetapi jika perkara itu menguntungkan, tiada ucapan terima kasih sedikit pun.

SOMBONG? Pasti.

Dia hanya menerima caci maki, terus tersenyum menahan sabar.

Ah, tidak sabarnya mahu pulang. Mahu menghindar dari manusia-manusia sombong dan tidak bersyukur.

Pangkat hanya pada nama, walau tinggi mana, tetap la lihat keatas, kerana ada yang lebih berkuasa, jangan lihat kebawah dan terus menganggap diri itu paling tinggi.

Dulu kau diatas, tetapi bila kau sudah tidak bekerja, kau hanyalah manusia biasa, pangkat tidak bermakna, Dia bukan pekerjamu yang engkau bayar untuk kau marah-marah seperti kau masih bekerja. Dia hanya melakukan tugasnya sahaja.

Dia hanyalah orang yang melakukan tugasannya seperti yang dibayar oleh majikannya sahaja.

Dia juga muak berurusan denganmu. Bukan kau sahaja yang muak berurusan dengan dia.

Ah, sudahlah, bukan semua orang pandai bersyukur.

Dia terus berjalan di bawa terik mentari siang menuju ke destinasi seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

THE JOURNEY OF TURTLE

CRUSH