Posts

Showing posts from June, 2019

Terik Mentari

Dia berjalan melepasi bangunan di bawah terik mentari siang. Berjalan dan terus berjalan di bawah panas sang matahari di tengah-tengah Kuala Lumpur. Peluh? Boleh diperah seperti kain buruk yang mengelap air yang tumpah setiap kali raya. Bahang? Tudung seperti mahu direntap saat itu juga kerana haba yang terperangkap. Penat? Terpaksa juga kerana sedang bekerja. Kaki? Sakit kerana berjalan jauh, kerana mahu menyimpan sedikit wang & masa jika menaiki kereta sewa atau Grab. Lapar? Pasti. Itu la yang selalu dia rasakan apa bila terpaksa turun ke Kuala Lumpur untuk melalukan pekerjaan yang menuntut perhatiannya. Jika ada yang salah, pasti di maki, jika semuanya lancar tiada pujiaan yang diberi. Itu lah manusia, pandai mencaci tetapi tidak pandai menghargai. Jika rugi pasti mencerca tanpa memikirkan perasaan orang lain, tetapi jika perkara itu menguntungkan, tiada ucapan terima kasih sedikit pun. SOMBONG? Pasti. Dia hanya menerima caci maki, terus tersenyum menaha