Tazkirah hari ini...

Assalamualaikum... Terima kasih ya Allah sebab memberi ana kesihatan dan waktu untuk dilapangkan ke jalan mu... hari ni kan ana ada pergi ke majlis ilmu.. ke taman syurga Allah... :)

kat sana kan ana dapat byk pengajaran... antara nya ialah..

15 Petunjuk Dalam Meneguhkan Iman

  1. Akrabkan Diri dengan Al-quran
  2. Iltizam dengan Syariat Islam (tekad ngan undang2 islam)
  3. Mempelajari kisah para nabi dan sahabat (11:120), dulu kan masa skola ada belajar tp sekarang ni tambah2 la lg ilmu pasal mereka sbb byk lagi sahabat2, syuhadah2 yang kita masih belum kenal.
  4. Berdoa dalam hati... cth kan ( Ya Allah kau berikanlah petunjuk kepadaku tanpa henti)
  5. Berzikir kepada Allah ( tahmid, tasbih, istighfar)
  6. Menempuh JALAN yang LURUS ( don't belok2 ok)
  7. Menjalani TARBIAH ( menerima teguran, menerima nasihat, usaha jd baik, berkorban)
  8. Meyakini JALAN yang ditempuhi ( 33:35)
  9. Berdakwah - pahala tu kan kita bwk sampai kita meninggal kalau kita sebarkan kebaikkan. insyaAllah.. Allah menunaikan janjinya.. Pahala tu mcm MLM... kita sebarkan, org sebarkan, org2 sebarkan.. pahala tu tetap kita dapat... ( n jangan kita abaikan nasihat org walaupun dia belum sempurna.. kerana ilmu itu yang kita pandang bukan org yg menyampaikan.. kebaikkan tu kita sama2 sebarkan k..)
  10. Dekat dengan ULAMA ( ulama tu bukan org yang dok kat masjid je, yg ada janggut je, yg ada title ustaz or ustazah je tp ulama tu ialah org yang berilmu dan menyebarkan ilmu agamanya.)
  11. Meyakini pertolongan Allah
  12. Mengetahui hakikat kebatilan. ( tahu akan hakikat kesalahan itu akan tetap menjadi kesalahan.. cth: couple tu haram... dia ttp akan jd haram sampai bila2.. tp kita kene la tahu mksud couple tu mcm mana.. k??)
  13. Memiliki akhlak yang baik.... ( kena baik2 k..)
  14. Nasihat orang2 yang soleh n solehah... ( jangan ckp dorg membebel kat telinga kita pulak bila dorg bg nasihat k)
  15. Merenungi nikmat syurga..... n mengingati mati...
itu satu perkara.. n ada lagi perkara lain yang ana dapat masa sesi muyskila..

  • jodoh kita kan da ditetapkan dekat luh Mahfuz.. tp kan kalau kita berubah... kita punya jodoh tu x berubah taw... cume kan.. personaliti dia juga berubah seiring ngan perubahan kita.... so jgn kita takut untuk berubah... berubah la walaupun secara perlahan...
  • n ini untuk gegurlz sume.... kalau ckp tu jgn melunak-lunak kan suara anda n jgn dok mengedik ye.. sbb kan golongan boyz ni kan sgt la... paham2 sendiri la k... kalau anda masuk dlm mimpi mereka ( mimpi ehem2...) kerana kelunakkan suara n kegedikkan anda yg membuat kan dia teringat kan anda.. anda turut menanggung dosa yang sama k...
  • kepada masing-masing ( golongan), baik (golongan) ini ( yang mahukan dunia) maupun (golongan) itu (yang menginginkan akhirat), Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.. ( 17:20) - Allah akan bg je apa yang kita mau sebab x de sapa yg boleh halang ketentuan Allah.. cme sebagai org yg menerima kita kene bersyukur k....(14:7)
Afwan kalau post ana kali ni panjang n membuatkan anda semua bosan... tp InsyaAllah ana harap post kali ni dapat meningkatkan iman kita sama2 k...Kalau ada kesilapan yang ana lakukan dalam perkongsian dipersilakan lah untuk menegur ana kerana manusia itu sentiasa melakukan kekhilafan tanpa mereka sedari.. Segala yang baik itu dr Allah n segala yang buruk itu juga dr Allah tp disandarkan pada diri ana insan yang lemah ini....  SAYANG AWAK KERANA ALLAH INSYA-ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

THE JOURNEY OF TURTLE

Terik Mentari

CRUSH