PALESTIN!!!

Assalamualaikum... first of all kan... emosi x baca tajuk entri saya kali nie?? emosi kan.. x de lah.. kita ni selalu lupa pada saudara2 kita yang tengah berjuang menegakkan islam di bumi palestin tetapi kita nie.. selalu je lalai dalam perkara2 lagha... ni tgh ingatkan diri sekali nie.. :).. Hr tu saya ada pergi program.. dalam program tu ada la slot2 nyer kan.. tp ada la satu slot ni yg nk dikongsikan.. iaitu slot palestin... macam2 la perkara yang disuruh oleh fasi utk peserta lakukan... utk kumpulan saya.. kami kene buat sajak yg berkaitan dengan paletin.. jadi kat sini sebenarnya nk kongsikan la sajak yang kami buat pada malam tu... mari la sama2 kita hayati sajak ni eh.. masa kat program.. peserta lain nangis dengar kitorg recite sajak tu... so JOM baca...

SUARA KAMI

Sungai itu mengalir dengan derasnya..
Kelihatan warna merah pekat ikut sama mengalir..
Berjuta mata yang menyaksikan,
Namun hanya segelintir yang bersuara.

Hakikat peritnya perjuangan itu,
Tiada kata yang dapat menggambarkannya.
Suara teriakan ku terus lantang memanggil saudaraku.
Di mana kamu SAAT itu??

Saat orang-orang yang ku sayangi,
jasadnya rebah menyembah bumi..
Memperjuangkan kalimah yang SATU.
Tanpa GENTAR menjentik HATI.

Dengarlah..
Bukan pintaku untuk kau ke mari.
Tetaplah kau di tempat mu.. 
Asal turut sama berjuang dan menjaga AGAMA ini.

Comments

Popular posts from this blog

THE JOURNEY OF TURTLE

CRUSH

Terik Mentari